Khamis, 12 Mac 2009



  • Sembunyi masalah disiplin
    MASALAH disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah.

    MASALAH disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah.Kini, timbul pula permasalahan yang mengatakan pengetua 'menyorok' masalah disiplin pelajar. Benarkah ia berlaku?
    Masalah ini semakin kuat diperkatakan selepas Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri meminta pihak sekolah, terutama guru besar dan pengetua tidak melindungi salah laku pelajar mereka kononnya untuk menjaga nama baik sekolah kerana ia akan menimbulkan lebih banyak masalah seperti dilaporkan akhbar baru-baru ini.Menurutnya, perbuatan melindungi salah laku dan kesalahan disiplin boleh menyebabkan pelajar terus dengan sikap negatif itu kerana menganggap pihak sekolah takut mengambil tindakan.Namun, benarkah guru besar atau pengetua menyorok masalah disiplin pelajar? Kenapa perlu disorok masalah disiplin pelajar kerana bukankah lebih baik masalah itu dilaporkan kepada pihak tertentu untuk mencari jalan penyelesaiannya?Adakah dengan menyorok masalah disiplin pelajar, sesebuah sekolah itu boleh menjadi sekolah terbaik dan popular kerana kurang masalah disiplin? Sejauh mana pembabitan guru besar atau pengetua dalam hal ini? Adakah mereka sengaja menyorok masalah itu atau mereka tidak diberitahu perkara sebenar?Yang Dipertua (YDP) Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon, berkata tidak ada sebab seorang guru besar atau pengetua menyorok masalah ini kerana setiap masalah disiplin yang dilakukan pelajar direkodkan.Menurutnya, dalam pentadbiran sekolah, segala masalah disiplin yang berlaku akan ditangani terlebih dulu oleh guru disiplin dan akan direkod untuk dilaporkan kepada Jabatan pelajaran."Setiap masalah disiplin pelajar akan direkod mengikut kategori kesalahan dalam buku laporan iaitu buku Sistem Salah laku Disiplin Murid (SSDM). Dalam setahun, sekolah akan menghantar tiga kali laporan itu kepada jabatan pendidikan daerah atau negeri."Di samping itu, masalah disiplin pelajar akan sentiasa dibentangkan dalam mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Guru disiplin atau wakil guru akan membentangkan masalah disiplin yang berlaku sepanjang sesi persekolahan."Jadi, tidak ada sebab dan cara untuk pihak sekolah menyorok masalah disiplin pelajar bagi kepentingan sendiri," katanya.Dalam penyelesaian masalah disiplin pelajar, menurut Ruslan, guru disiplin di bawah pengawasan penolong kanan hal ehwal pelajar akan mencari penyelesaian terlebih dulu sebelum membabitkan pentadbiran sekolah dan guru besar."Setiap masalah disiplin akan diselesaikan guru disiplin dan hal ehwal pelajar. Jika masalah itu dapat diselesaikan, guru besar atau pengetua tidak akan diberitahu."Oleh itu, isu pengetua 'sorok' masalah disiplin pelajar ini timbul apabila pihak luar yang tidak mengetahui perkembangan masalah itu menghebohkan masalah ini," katanya.Ruslan yang sudah memegang jawatan sebagai guru besar selama 15 tahun juga tidak menafikan ada sesetengah sekolah yang sengaja menyorok masalah disiplin pelajar tetapi bilangannya sedikit.Menurutnya, ada kemungkinan sekolah terbabit menyorok masalah disiplin pelajar kerana tidak mahu masalah itu merosakkan reputasinya."Semua maklum masalah disiplin boleh memberi kesan negatif kepada sesebuah sekolah dan reputasi guru besar atau pengetua itu juga akan merosot."Justeru, untuk tidak timbul apa-apa masalah, mereka mengambil tindakan untuk menyorok masalah disiplin itu daripada disebarkan. Namun, perbuatan itu adalah tidak patut dan seharusnya dielakkan," katanya.Ruslan yang menyokong teguran Tunku Besar Tampin, berharap semua guru besar dan pengetua tidak menyorok masalah disiplin pelajar di sekolah."Setiap masalah ada penyelesaiannya, jadi jika masalah itu disorok, ia tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan sebaliknya masalah lain pula timbul."Selain itu, ibu bapa perlu bijak dalam menyelesaikan masalah pelajar dan sentiasa berusaha mengajak waris pelajar dalam menangani malah disiplin mereka," katanya.Sementara itu, YDP Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia, Azam Mat Atan, berkata tidak ada istilah sorok masalah disiplin dalam pengurusan sekolah.Ini kerana, menurutnya, setiap masalah disiplin yang berlaku di sekolah akan diselesaikan dengan cara profesional."Sebagai pengetua, kita mesti berani untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan berkaitan dengan masalah disiplin dan bukannya menyorok masalah."Mungkin sesetengah sekolah yang dikatakan menyorok masalah disiplin sudah menyelesaikan masalah itu dari dalaman dan tidak menghebohkannya."Tidak ada istilah sorok masalah daripada mana-mana pihak sebenarnya. Ini kerana, sesuatu masalah disiplin pelajar akan sentiasa dibincangkan dan dilaporkan kepada yang berkuasa."Sesuatu masalah itu boleh diselesaikan di peringkat dalaman dan tidak membabitkan pihak luar tetapi bukan berniat untuk menyorok masalah itu," katanya.Azam yang sudah bertugas sebagai guru selama 32 tahun dan menjadi pengetua selama 17 tahun ini berkata, tidak ada pulangan yang diperoleh pihak sekolah yang menyorok masalah disiplin pelajar ini."Sebagai ketua sekolah, kita sepatutnya lebih profesional dalam menangani masalah dihadapi terutama masalah disiplin."Budak perlu diberikan pengajaran atau hukuman setimpal dengan kesalahan dilakukannya. Jangan kerana tidak mahu reputasi terjejas, kita melepaskan mereka begitu saja. Ia bukan jalan penyelesaian tetapi penambah masalah," katanya.


    Mengubati jiwa resah

    SECARA umum jiwa yang resah membabitkan kemurungan, susah hati, sepi, gelisah, tidak tenteram, rasa rendah diri, menyepi, menyendiri dan tidak mahu bergaul dengan orang ramai.Manusia makhluk yang takut kepada kesepian, tidak dapat berdikari, mengharapkan orang lain untuk menghilangkan kesepiannya, memerlukan kasih sayang dalam hidup dan ingin memberikan cinta kepada orang lain.Semua ini membabitkan hati dan jiwa. Jika hati dan jiwa tidak tenang dan tenteram seseorang akan menghadapi hidup dengan penuh dukacita.Mendidik jiwa senang diungkapkan tetapi dari segi realiti bukan perkara mudah dilaksanakan. Kajian berkaitan soal kejiwaan belum mampu menjadikan pengkajinya memiliki ketenangan jiwa atau kerehatan rohaniah.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Mukmin yang kuat itu lebih dikasihi Allah daripada mukmin yang lemah.” (Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah).
    Jelaslah, mewujudkan jiwa sihat dan sempurna menepati kehendak dan tuntutan ketakwaan kepada Allah s.w.t.Seorang pengkaji ilmu jiwa, James F Clark menyatakan, di bawah naungan yang Maha Pelindung, jiwa dapat beristirahat dengan tenang dan tenteram.Imam al-Ghazali, pernah menyatakan menerusi karyanya Ehya Ulumuddin: “Ketahuilah bahawa badan manusia itu seperti sebuah kota, akal yang dibekalkan Allah itu adalah kekuatan dan sebagai raja yang menguruskan hal ehwal kota. Alat tanggapan terdiri daripada pancaindera zahir dan batin seperti tentera dan pegawainya. Seluruh anggota badan itu seperti rakyatnya. Nafsu serta syahwatnya adalah musuh yang bertarung untuk menguasai kerajaannya dan untuk merosakkan rakyatnya.“Jadi badan itu seperti kubu serta tempat kawalannya dan dirinya sebagai pangkalan yang mempunyai pengawalnya. Jika ia berjihad menentang musuhnya dan dapat mengalahkan serta menguasainya seperti yang sepatutnya, kesannya adalah kebaikan yang layak menerima pujian. Sekiranya ia kehilangan tempat pertahanannya dan mengabaikan rakyatnya, maka kesannya adalah keburukan padahnya yang layak menerima balasan daripada Allah s.w.t sesuai dengan keburukan yang dilakukannya.”Oleh itu, manusia dikehendaki berjihad untuk melawan keinginan nafsu. Sementara hidayah Allah hendaklah diterima sebaik-baiknya demi memastikan dirinya mampu memikul tugas dan amanah yang berat sebagai hamba Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini.Kerana itulah Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)Bagi memandu manusia ke arah kebaikan dan mencapai tingkat kehidupan aman sejahtera dan harmoni, Allah mengutus rasul dengan membawa mesej yang sama iaitu membawa manusia ke jalan kebenaran.Kajian pakar psikologi mendapati beberapa tanda kemurungan seseorang antaranya kesedihan atau putus asa, cepat marah, suka bermusuh, sering menangis, menyisihkan diri daripada rakan dan keluarga serta hilang minat dan tumpuan dalam pekerjaan.Selain itu, terdapat perubahan makan dan tidur, gelisah, fikiran terganggu, rasa diri tidak berguna dan perasaan bersalah, kurang bersemangat dan motivasi, keletihan dan tidak bertenaga, sukar menumpukan perhatian, sering memikirkan mati atau hendak membunuh diri.Kajian, Carl Jung mendapati sebahagian besar pesakit yang datang menemui doktor jiwa adalah mereka yang menderita sakit kerana kehilangan pegangan agama.Sementara itu, James Gordon Gilkey menyatakan sekiranya seseorang enggan bersikap wajar sesuai dengan keperibadiannya, ia akan menderita sakit saraf dan sakit jiwa.Seterusnya, kalangan cerdik pandai menyatakan, untuk mengubati penyakit jiwa, bergaul dengan orang agama, berfikir dan menimbang sebelum mengerjakan sesuatu, menahan syahwat dan kemarahan, memeriksa keadilan diri sendiri, membiasakan bekerja menggunakan fikiran dan sabar menghadapi segala sesuatu adalah penawar utama untuk kesihatan jiwa.Bagi jiwa yang resah terdapat beberapa penawar antaranya sentiasa beramal kepada Allah dan Rasul-Nya serta selalu membaca al-Quran bagi mencari ketenangan jiwa.Seterusnya, wajib beriman dengan qada dan qadar Allah, ia merangkumi empat tahap. Pertama, ilmu: Allah mengetahui segala sesuatu. Kedua, catatan: Allah telah mencatat di Luh Mahfuz ketentuan sesuatu. Ketiga, tiada sesuatu apa pun yang berlaku di langit dan di bumi melainkan dengan kamahuan Allah.Keempat, sentiasa bertawakal dan berzikir serta berserah kepada Allah tanpa bimbang kepada kefakiran kerana rezeki ditetapkan. Seterusnya perlu berwaspada daripada maksiat dan dosa, khususnya yang tersembunyi.Sesungguhnya, ketakwaan kepada Allah dan menjaga kemurnian akhlak adalah langkah ke arah memantapkan kekuatan jiwa.Peliharalah hati supaya terus istiqamah. Jika hati baik dan tenang semua anggota tubuh akan melakukan perkara yang baik.





Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Insurance Industry News. Powered by Blogger